ACL: Bisa Cristiano Ronaldo Julang Al-Nassr Ke Suku Akhir Benam Al-Fayha
ACL
Al-Nassr
Advertisements

Al-Nassr berjaya mara ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara AFC zon asia barat selepas berjaya menewaskan Al-Fayha dalam aksi pusingan 16 terakhir awal pagi tadi.

Al-Nassr yang menurunkan barisan terkuat mereka dengan Cristiano Ronaldo, Sadio Mane dan Otavio menjadi taruhan untuk mencari jaringan.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh ditampilkan Al-Nassr yang tampak lebih selesa dengan bola.

Advertisements

Al-Nassr tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan apabila pada minit ke-16, Otavio berjaya memberikan gol pendahuluan buat Al-Nassr hasil penyudah tandukan yang menarik. Al-Nassr di hadapan 1-0.

Biarpun Al-Nassr menjaringkan gol, namun barisan Al-Fayha masih gagal mengawal permainan apabila membiarkan Al-Nassr terus menguasai bola.

Kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Advertisements

Bersambung babak kedua, momentum Al-Nassr diteruskan dengan memaksa barisan pemain Al-Fayha bertahan di kawasan sendiri.

Sadio Mane hampir menggandakan jaringan buat Al-Nassr namun percubaannya pada minit ke-65 sedikit tersasar.

Al-Nassr akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua. Kali ini, gol dihasilkan oleh bintang utama mereka, Cristiano Ronaldo pada minit ke-86 yang memanfaatkan kesilapan dari penjaga gol Al-Fayha selepas penjaga gol gagal mengeluarkan bola dari kawasan merbahaya.

Advertisements

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga tamat permainan dan melayakkan Al-Nassr ke peringkat suku akhir dengan agregat 3-0. Al-Nassr dijadualkan akan bertemu wakil dari Emiriah Arab Bersatu (UAE), Al-Ain di pusingan suku akhir.

Rangkuman perlawanan di sini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram