ACL: Dion Cools Pimpin Buriram Tewaskan Melbourne City
ACL
MakanBola
Buriram United
Advertisements

Bek tengah Harimau Malaya, Dion Cools memastikan Buriram United meraih tiga mata dengan mengalahkan Melbourne City di Stadium Rectangular Melbourne.

Selepas tewas 2-0 di gelanggang sendiri beberapa minggu lalu, anak-anak buah Arthur Papas perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata.

Advertisements

Ini bagi menghidupkan peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sebagai naib juara kumpulan.

Babak pertama menyaksikan The City Boys mendominasi kelab gergasi Thailand itu.

Advertisements

Malangnya, setiap serangan mereka berjaya dipatahkan oleh Buriram yang menggunakan formasi 5-4-1. Ini memastikan keputusan 0-0 kekal sehingga rehat.

Advertisements

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah semakin terdesak mendapatkan gol pendahuluan.

Ini mendorong jurulatih Melbourne, Aurelio Vidmar memasukkan Harry Politidis dan Alessandro Lopane pada minit ke-60 bagi menambah sengat di bahagian serangan.

Advertisements

Thunder Castle turut membuat pertukaran dengan memasukkan Ramil Sheydayev pada minit ke-61 bagi membantu Lonsana Doumbouya di bahagian serangan.

Buriram menyangka mendapat sepakan penalti pada minit ke-77 selepas mendakwa Goran Causic dijatuhkan dalam kotak penalti.

Advertisements

Bagaimanapun, selepas insiden tersebut diperiksa oleh VAR, penalti tidak diberi kepada Buriram United.

Kesabaran Thunder Castle akhirnya membuahkan hasil apabila Causic menyempurnakan penalti pada minit ke-86. Gol tersebut cukup buat pelawat meraih tiga mata pertama dalam dua perlawanan.

Advertisements

Keputusan ini menghidupkan peluang Buriram untuk layak ke pusingan ACL seterusnya. Mereka kini di tempat ketiga dengan enam mata, satu mata di belakang Ventforet Kofu dan The City Boys.

Hamza Sakhi muncul pemain terbaik perlawanan dengan 7.7 mata oleh Sofascore. Sementara persembahan Cools pula diberi markah 7.4 mata.

News Comments Account