ACL: Gol Dramatik Selamatkan Ulsan HD, Ikat Jeonbuk Hyundai Motors
ACL
Ulsan HD
Advertisements

Asian Champions League: Ledakan berbisa Son Ming-kyu dan Lee Myeong Jae memastikan jaguh Korea, Ulsan HD terikat berdepan Jeonbuk Motors pada aksi suku akhir hari ini.

Skuad kendalian Hong Myung-bo menurunkan barisan terhebat diketuai oleh kapten pasukan, Joo Min-kyu.

Permulaan hebat terpaksa ditempuhi oleh juara bertahan K-League itu apabila Jeonbuk membuka tirai jaringan seawal minit ke-4 menerusi Song Min-kyu.

Advertisements

Ulsan kembali menggandakan usaha untuk mencari gol penyamaan namun percubaan minit ke-47 oleh penyerang berbisa, Eom Wong-sam berjaya ditepis oleh Kim Jung-hoon.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 memihak kepada anak didik Dan Petrescu.

Bersambung babak kedua, Jeonbuk cuba mencari ruang untuk menambah jaringan namun ketangkasan penjaga gol lawan menafikan setiap percubaan.

Advertisements

Ulsan cuba meminta sepakan penalti selepas kapten pasukan Jeonbuk Hyundai, Kim Jin-su cuba menolak lawan namun tiada kekasaran dikesan oleh pengadil perlawanan.

Maruah Ulsan HD diselamatkan apabila jaringan cantik Lee Myeong-jae memastikan kedudukan terikat 1-1.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

Advertisements

Perlawanan timbal balik akan berlangsung pada 30 Mac 2024 di Stadium Jeonju untuk menentukan wakil ke separuh akhir.

Pada aksi suku akhir, Ulsan HD berjaya mengetepikan cabaran Ventforet Kofu dengan begitu selesa namun berdepan tugas sukar bagi aksi kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram