ACL: JDT Catat Kekalahan Pertama Musim 2023, Tewas Kepada Kawasaki Frontale
ACL
Azri Haziq / MakanBola
Advertisements

Aksi pembukaan Kumpulan l antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Kawasaki Frontale berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada JDT.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu menyaksikan Tano Solari melakukan beberapa perubahan dengan mempertaruhkan kudrat Shane Lowry, Afiq Fazail dan Juan Muniz dalam kesebelasan utama.

Kawasaki Frontale mempunyai peluang pertama permainan menerusi percubaan menerusi rembatan Akihiro Ienaga pada minit ke-14 namun tersasar jauh.

Advertisements

Harimau Selatan membalas serangan menerusi percubaan Bergson dalam kotak penalti pada minit ke-17 namun melepasi palang gol Kawasaki Frontale.

Percubaan Bergson pada minit ke-24 namun tidak dapat menerjah gawang gol Jung Sungryong.

Anak buah Toru Oniki memperoleh gol pembukaan selepas kesilapan Syihan Hazmi menyebabkan pintu gol terbuka untuk Marcinho menjaringkan gol pada minit ke-44.

Advertisements

Babak pertama tamat dengan keputusan 1-0.

Bersambung babak kedua, Harimau Selatan hampir menyamakan kedudukan namun rembatan Arif Aiman menyentuh tiang gol.

Kawasaki dan JDT melakukan beberapa pertukaran dengan memasukkan Diogo untuk menambah sengat buat jentera serangan Harimau Selatan.

Advertisements

Tambahan masa 5 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang berakhir dengan 1-0 memihak kepada pasukan pelawat.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat dibunyikan untuk memberikan tiga mata berharga kepada JDT.

Aksi ACL berikutnya menyaksikan JDT akan berdepan BG Pathum pada 3 Oktober 2023 di tempat lawan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram