ACL: Kawasaki Frontale Mudah Ratah BG Pathum
ACL
ACL
Advertisements

Saingan kumpulan I Liga Juara-Juara AFC menemukan wakil Thailand, BG Pathum United yang melayan kunjungan pendahulu kumpulan, Kawasaki Frontale. Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Leo itu berakhir dengan kemenangan buat Kawasaki Frontale dengan keputusan 4-2.

Kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan berusaha memegang penguasaan bola dengan lebih lama. Kawasaki berpeluang mendapatkan gol awal apabila Daiya Tono melepaskan rembatan dari luar kotak penalti namun berjaya diselamatkan penjaga gol BG Pathum, Chatchai Bootprom.

Kekecewaan Daiya Tono akhirnya berjaya ditebus 4 minit kemudian apabila pemain berusia 24 tahun itu menyudahkan umpanan kemas dari Akihiro Ienaga yang terus menewaskan penjaga gol. Kawasaki Frontale 1-0 di hadapan.

Advertisements

Tersentak dengan jaringan itu, BG Pathum pertingkatkan usaha mereka bagi mencari gol penyamaan. Beberapa pergerakan merbahaya juga acap kali memecah pertahanan Kawasaki.

Ketika perlawanan hampir ditamatkan, BG Pathum akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-46 hasil tandukan penyerang import mereka, Igor Sergeev yang menyambar hantaran menarik dari Chanapach Buaphan. Babak pertama ditamatkan dengan kedudukan terikat 1-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Kawasaki tidak menunggu lama untuk kembali berada di hadapan apabila pada minit ke-52, rembatan deras Kento Tachibanada tidak berjaya diselamatkan dengan baik oleh Chatchai.

Walaupun bola berjaya di dalam dakapan Chatchai, namun pengadil mengesahkan gol tersebut selepas bola dipercayai telah melepasi garisan gol terlebih dahulu. Kedudukan berubah menjadi 2-1 memihak Kawasaki.

Advertisements

Hasrat BG Pathum untuk bangkit semakin pudar selepas Kawasaki sekali lagi menambah jaringan. Kali ini melalui Marcinho. Gol tersebut terhasil selepas Marcinho membuat larian solo yang deras dari tengah padang dan berjaya memperdaya dua pemain pertahanan BG Pathum sebelum menewaskan Chatchai di gawang gol.

Pesta gol Kawasaki Frontale berterusan apabila pemain pertahanan mereka Takuma Ominami menanduk sepakan sudut pada minit ke-77 sekali gus menjadikan kedudukan berubah kepada 4-1.

Advertisements

Kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila selang lima minit selepas itu, BG Pathum merapatkan jurang jaringan melalui Victor Cardozo menyudahkan sepakan penalti. Penalti tersebut dihadiahkan selepas penjaga gol Kawasaki, Jung Sung-ryong dikesan mengasari Ryhan Stewart di dalam kotak penalti.

BG Pathum terus menggandakan asakan ke kubu Kawasaki dengan beberapa serangan merbahaya namun kecemerlangan Jung Sung-ryong berjaya mematahkan variasi serangan tersebut.

Kedudukan 4-2 itu kekal sehingga tamat perlawanan. Kemenangan ini mengukuhkan kedudukan Kawasaki Frontale di tangga teratas kumpulan I dengan 9 mata manakala BG Pathum berada di tangga terbawah tanpa sebarang mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram