ACL: Lion City Sailors  Berputih Mata, Tumbang Di Tangan Kitchee
ACL
Lion City Sailors
Advertisements

lion City Sailors menamatkan aksi terakhir kumpulan F dengan kekalahan kepada wakil Hong Kong, Kitchee SC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2023.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalan Besar itu, Kitchee yang berada di tangga keempat kumpulan seakan tidak kekok untuk beraksi di hadapan penyokong tuan rumah.

Hasilnya, Kitchee berjaya memimpin perlawanan menerusi jaringan sendiri Stephen Van Huizen yang tertanduk bola ke gawang sendiri seawal minit ke-11.

Advertisements

Tuan rumah cuba bangkit memperkemas permainan bagi mencari gol penyamaan namun ketumpulan barisan hadapan kelab Singapura itu menyebabkan peluang yang terhidang gagal dimanfaatkan.

Aksi berbalas serangan terus dipamerkan baik Lion City Sailors mahupun Kitchee sehingga pengadil meniup wisel menandakan berakhirnya separuh masa pertama.

Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan Lion City Sailors 0-1 Kitchee.

Advertisements

Separuh masa kedua bermula, Lion City Sailors dilihat lebih banyak menguasai permainan dan memperoleh peluang menerusi rembatan Kodai Tanaka namun diselamatkan penjaga gol Kitchee.

Kitchee juga memperoleh peluang untuk menggandakan jaringan namun percubaan Fernando pada minit ke-57 sedikit tersasar dari pintu gawang Lion City Sailors.

Pertahanan Lion City Sailors terus dihukum apabila gerakan solo Fernando dari sebelah kanan gawang gol berjaya menewaskan penjaga gol, Zharfan Rohaizad untuk menjadi kedudukan 0-2 buat pasukan pelawat.

Advertisements

Lion City Sailors cuba bangkit namun semuanya sudah terlewat apabila pengadil meniup wisel menandakan permainan sudah tamat dengan keputusan 0-2 memihak Kitchee.

Dengan keputusan ini, Lion City Sailors gagal melayakkan diri ke pusingan seterusnya apabila sekadar menamatkan aksi kumpulan di tangga ketiga dengan enam mata manakala Kitchee kekal di kedudukan keempat dengan empat mata dari enam perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram