ACL: Magis Bergson Bantu JDT Benam Skuad Tempang BG Pathum
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan ke-6 Liga Juara-Juara AFC (ACL) menyaksikan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga BG Pathum United.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim berakhir dengan kemenangan memihak kepada pasukan tuan rumah.

Babak separuh masa pertama tamat dengan pasukan pelawat mendahului satu gol dihadapan hasil jaringan Igor Sergeev. Hantaran daripada Santipharp telah diterpa Igor sekaligus menewaskan penjaga gol JDT, Syihan Hazmi.

Advertisements

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan JDT 0-1 BG Pathum.

Bersambung aksi di babak kedua, JDT dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil selepas bola terkena tangan pertahanan BG Pathum, Danilo Alves. Danilo menerima kad kuning kedua sekaligus dilayangkan kad merah menyaksikan pasukan BG Pathum beraksi dengan 10 orang pemain.

Sepakan penalti tersebut mudah disempurnakan penjaring terbanyak JDT, Bergson da Silva.

Advertisements

Pada minit ke-66 permainan, Bergson da Silva sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring. Hantaran daripada Matt Davies telah dimanfaatkan Bergson dengan satu larian sebelum melepaskan satu rembatan deras menewaskan penjaga gol lawan, Chatchai Budprom.

Pemain gantian, Endrick Dos Santos meledak untuk gol ketiga JDT hasil hantaran daripada Arif Aiman.

Sebelum tamat permainan, Arif Aiman Hanapi mencatat nama sebagai penjaring. Kelincahan Arif telah mewarnai malam gemilang JDT, menewaskan BG Pathum 4-1.

Advertisements

Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.

JDT menamatkan kempen dengan 9 mata daripada 6 perlawanan dan menghuni tangga ketiga sementara BG Pathum kekal di tangga tercorot tanpa sebarang mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram