Advertisement
ACL: Perjalanan BG Pathum Lumpuh, Dibedil Kawasaki Frontale
ACL
MakanBola
ACL

Perjalanan pasukan gergasi Thailand, BG Pathuk United seakan berakhir apabila tewas kepada pasukan Jepun, Kawasaki Frontale dengan keputusan 4-2.

Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan BG Pathum mempertaruhkan bintang utama, Chanatip Songkrasin di bahagian tengah.

Kawasaki bagaimanapun berada di depan seawal minit ke-16 menerusi sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh Yasuto Wakizaka sebelum Chanatip Songkrasin meledak pada minit ke-33.

Anak buah Toru Oniki sekali lagi di depan apabila memperoleh satu lagi sepakan penalti yang juga disempurnakan oleh Wakizaka.

BG Pathum tidak mengalah dan meledak sekali lagi menerusi kapten Thailand itu sebelum tamat babak pertama.

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 2-2.

Bersambung babak kedua, pasukan pelawat menerima tamparan hebat selepas pemain tengah, Freddy Alvarez dilayangkan kad merah.

Keadaan ini dimanfaatkan oleh Kawasaki yang memperoleh gol ketiga hasil percubaan kemas Kazuya Yamamura pada minit ke-68.

Tambahan masa 9 minit ternyata mengubah keputusan perlawanan apabila tuan rumah menambah jaringan keempat pasukan.

Kawasaki Frontale kini cemerlang di persada kumpulan selepas merekodkan 4 kemenangan dan mengumpul 12 mata sementara BG Pathum tidak mencatatkan sebarang kemenangan setakat ini.

@fariszukeiman

Jaringan Akhyar Rashid pastikan Ulsan Hyundai tumbang kepada JDT. 🔥 Info lanjut di @MakanBola #MakanBola #Malaysia #JDT #AkhyarRashid #Johor #johordarultakzim #jdtvsulsanhyundai #ACL

♬ DJ MALAM PAGI VIRAL TIKTOK TERBARU – Andre Work

Kawasaki Frontale 4-2 BG Pathum United.