Advertising
ACL: Persiapan Al-Nassr Terjejas, Tiada Kelibat Cristiano Ronaldo
MakanBola
Al-Nassr FC

Al-Nassr terpaksa melupakan khidmat legenda Portugal, Cristiano Ronaldo untuk aksi sulung peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Meskipun kini mencecah usia 39 tahun, Ronaldo terus membuktikan dirinya masih berbisa di depan gol. Kempen musim 2024/25 menyaksikan beliau sudah menjaringkan lima gol dan empat bantuan gol dalam semua kejohanan termasuk Saudi Pro League (SPL).

Ad

Ini termasuklah gol yang dijaringkan semasa menentang Al-Fayha pada 27 Ogos lalu. Ronaldo turut mencipta sejarah dengan meledakkan gol ke-900 semasa aksi antarabangsa membabitkan Portugal dan Croatia pada 5 September.

Ad

Malangnya, Al-Alami terpaksa melupakan khidmat bekas penyerang Manchester United itu kerana mengalami masalah jangkitan virus. Perkara ini disahkan pengurusan kelab itu dalam satu kenyataan.

“Kapten Al-Nassr, Cristiano Ronaldo merasa tidak sihat hari ini dan didapati mengalami jangkitan virus. Doktor pasukan mengesahkan bahawa beliau perlu berehat dan kekal di kediamannya.

Ad

“Susulan itu, beliau tidak akan mengikut pasukan yang bertolak ke Iraq hari ini. Kami ucapkan semoga cepat sembuh buat kapten kami,” katanya.

Ad

Jurulatih Al-Nassr, Luis Castro dijangka menggunakan Anderson Talisca atau bekas bintang Liverpool, Sadio Mane untuk mengetuai jentera serangan pasukan itu.

Ad

Al-Alami bakal membuka kempen liga (Barat) ACLE dengan menentang wakil Iraq, Al-Shorta di Stadium Al-Shaab pada awal pagi 17 September.