ACL: Ulsan HD Ke Separuh Akhir, Singkirkan Jeonbuk Hyundai Motors
ACL
ACL
Advertisements

Aksi suku akhir saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini melibatkan pertembungan antara dua wakil dari Korea Selatan, Ulsan HD dan Jeonbuk Motors

Ulsan mara je pusingan seterusnya selepas berjaya menewaskan Jeonbuk dengan agregat 2-1.

Skuad kendalian Hong Myung-bo mendahului babak pertama perlawanan dengan keputusan 1-0. Juara bertahan K-League itu sempat meledak satu gol sebelum menuju ke bilik persalinan menerusi jaringan Young-woo Seol selepas memanfaatkan hantaran pemain import, Gustav Ludwigson.

Advertisements

Separuh masa pertama tamat, Ulsan HD 1-0 Jeonbuk.

Bersambung aksi di babak kedua, Jeonbuk dibawah kendalian Dan Petrescu terus mengatur serangan untuk mencari gol penyamaan.

Advertisements

Biarpun serangan banyak dihalakan ke pasukan tuan rumah, benteng pertahanan Ulsan terus disiplin mengawasi gawang dari dibolosi. Walaupun sedang mendahului aksi, Ulsan HD tidak kurang hebatnya melancarkan serangan ke kubu Jeonbuk.

Bagaimanapun tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan hingga wisel penamat dibunyikan. Aksi tamat, Ulsan HD 1-0 Jeonbuk Motors.

Advertisements

Ulsan mara ke pusingan separuh akhir ACL dengan agregat 2-1 selepas perlawanan pertama tempoh hari, Ulsan dan Jeonbuk mencatat keputusan seri, 0-0.

Juara bertahan K-League ini bakal berdepan samaada wakil Jepun, Yokohama F Marinos atau wakil China, Shandong Taishan di pusingan separuh akhir kelak.

Advertisements

Yokohama dan Shandong akan beradu nasib pada esok sebelum menempah slot ke pusingan separuh akhir berdepan Ulsan HD.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram