ACL: Ulsan Hyundai Buat Kelab Picisan Jepun, Ventforet Kofu Merana
ACL
Ulsan HD
Advertisements

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan Hyundai meraih kelebihan besar untuk aksi pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2023-2024.

Ini selepas pasukan itu mengatasi cabaran kelab kerdil Jepun, Ventforet Kofu dalam aksi pertama pusingan di Stadium Bola Sepak Munsu hari ini.

Ulsan melihat kemenangan hari ini dapat mencerahkan peluang mereka layak ke suku akhir ACL.

Advertisements

Lantas, tidak hairanlah sebaik wisel perlawanan ditiup, The Tigers yang dibimbing legenda Korea Selatan, Hong Myung-bo mula mengasak bagi mendapatkan gol awal.

Ulsan menyangka mendapat penalti pada minit ke-29. Bagaimanapun, selepas insiden tersebut disemak oleh pembantu pengadil video (VAR), penalti yang diberi sebelumnya dibatalkan.

Kesungguhan The Tigers akhirnya membuahkan hasil menerusi gol Joo Min-kyu pada minit ke-37. Ini merupakan gol pertamanya dalam ACL musim ini.

Advertisements

Ulsan semakin selesa di hadapan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Min-kyu pada minit ke-45. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, Kofu yang dibimbing Yoshiyuki Shinoda berusaha mencari gol untuk merapatkan jurang tetapi tidak berhasil.

Sebaliknya, bek kanan Ulsan, Seol Young-woo menambah derita pelawat menerusi tolakan mudah menewaskan Kohei Kawata pada minit ke-61.

Advertisements

Min-kyu menyangka telah mencipta hatrik pada minit ke-74. Bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan selepas pembantu pengadil mengesan bola sudah terkeluar daripada garisan sebelum dihantar Um Won-san kepadanya.

Utaka menyangka sudah menjaringkan gol tunggal buat Kofu pada minit ke-87 tetapi gol tersebut dibatalkan kerana ofsaid.

Penyerang berusia 40 tahun itu cuba membantah keputusan pengadil tetapi bantahannya bukan saja tidak dilayan. Malah, Utaka turut dilayangkan kad kuning atas tindakannya itu.

Advertisements

Kofu berusaha memberi saingan tetapi keputusan 3-0 kekal memihak kepada Ulsan sehingga tamat perlawanan.

Sofascore memilih Min-kyu sebagai pemain terbaik perlawanan atas sumbangan dua golnya dalam perlawanan ini. Beliau mendapat markah 8.8 mata.

Ulsan dijangka mempertahankan kelebihan agregat mereka apabila kedua-dua pasukan kembali bertemu pada 21 Februari ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram