ACL: Ulsan Hyundai Sahkan Kemaraan, Ikat Kawasaki Frontale
ACL
ACL
Advertisements

Aksi terakhir kumpulan I membabitkan Ulsan Hyundai Kawasaki Frontale menyaksikan kedua-dua pasukan terikat seri untuk layak ke pusingan seterusnya sebagai juara dan naib juara kumpulan.

Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang dan rancak dengan aksi berbalas serangan sejak minit pertama permainan.

Kawasaki membuka tirai menerusi pemain berjersi nombor 17, Daiya Tono yang menyudahkan bola muntah seleps percubaan pertama di tepis oleh penjaga gol, Hyeon-Woo Jo pada minit ke-17.

Advertisements

Kawasaki Frontale semakin selesa selepas Tatsuki Seko memanfaatkan situasi kelam-kabut untuk merembat mudah untuk menjadikan kedudukan 2-0 kepada pasukan pelawat.

Seminit sebelum separuh masa pertama berakhir, penyerang Ulsan Hyundai, Martin Adam berjaya merapatkan kedudukan selepas menyambar hantaran lintang dari sebelah kiri gawang gol Kawasaki Frontale.

Separuh masa pertama berakhir, Ulsan Hyundai 1-2 Kawasaki Frontale.

Advertisements

Babak kedua bersambung, Ulsan memperkemas permainan mereka dan berjaya mengikat kedudukan selepas Martin Adam mudah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-53.

Pertukaran pemain dan taktikal dilakukan kedua-dua pasukan namun ketumpulan barisan penyudah menyebabkan tiada jaringan dapatkan dihasilkan sehingga wisel bunyi dibunyikan.

Tamat perlawanan, Ulsan Hyundai 2-2 Kawasaki Frontale.

Advertisements

Dengan keputusan ini, Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai layak ke peringkat seterusnya sebagai juara dan naib juara kumpulan I.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram