ACL: Ulsan Hyundai ‘Sekolahkan’ BG Pathum
ACL
ACL
Advertisements

Hasrat BG Pathum United untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata dalam ACL tidak kesampaian apabila tunduk kepada Ulsan Hyundai dalam aksi kelima Kumpulan I.

The Rabbits yang sudah tersingkir kini menggunakan dua baki perlawanan Kumpulan I sebagai aksi menebus maruah bermula dengan Ulsan hari ini.

Sementara The Tigers pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memperkukuh cengkaman di tempat kedua kumpulan tersebut.

Advertisements

Babak pertama menyaksikan Ulsan mendominasi perlawanan biarpun beraksi di gelanggang lawan.

Begitupun, mereka perlu menunggu sehingga minit ke-20 untuk membuka jaringan menerusi gol sendiri Jakkaphan Praisuwan.

Advertisements

Tujuh minit kemudian, Gustav Ludwigson melebarkan lagi kelebihan The Tigers. Keputusan 2-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, tuan rumah berusaha mencari gol bagi merapatkan jurang dengan Ulsan.

Advertisements

Malangnya, mereka berdepan kesukaran berbuat demikian berikutan penguasaan bola pelawat sebanyak 59%.

Hal ini dimanfaatkan sepenuhnya Ulsan menerusi gol ketiga pada minit ke-62 menerusi bek kiri Lee Myeong-jae.

Advertisements

Penyerang Uzbekistan, Igor Sergeev merapatkan jurang buat BG Pathum menerusi gol pada minit ke-69. Itu merupakan gol kelapan beliau dalam semua kejohanan musim ini.

Bagaimanapun, gol tersebut sudah terlewat dengan kemenangan The Tigers disahkan pada akhir perlawanan.

Sofascore memilih Myeong-jae sebagai pemain terbaik perlawanan dengan markah 8.0 mata.

Sementara Sergeev dan Phitiwat Sukjitthammakul pula dipilih pemain terbaik BG Pathum dengan masing-masing berkongsi 7.0 mata.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram