ACL: Yokohama F. Marinos Layak Ke Separuh Akhir, Tundukkan Shandong Taishan
ACL
ACL
Advertisements

Perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) sebentar tadi menyaksikan Yokohama F. Marino menewaskan Shandong Taishan dengan keputusan 1-0. 

Sebelum ini, gergasi Jepun ini menang pusingan pertama suku akhir dengan keputusan 2-1. Ini bermakna Yokohama F. Marinos layak ke peringkat separuh akhir selepas menang agregate 3-1.

Separuh masa pertama berakhir tampa sebarang jaringan yang dapat dihasilkan oleh kedua pasukan. Namun, melihat kepada penguasaan permainan berpihak kepada Yokohama F. Marinos (61.6%) berbanding Shandong Taishan (38.4%).

Advertisements

Shandong Taishan dilihat menguasai permainan bagi separuh masa kedua, dengan jumlah sepakan sebanyak 15 dan sepakan tepat sehingga 6 kali ke arah gawang gol Yokohama F. Marinos.

Pada minit ke-75 permainan, penyerang Yokohama, Anderson Lopes berjaya memecah kebuntuan jaringan sekaligus membeli kelebihan jaringan kepada pasukan.

Advertisements

Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan. Jaringan tunggal pemain import Yokohama F. Marinos pacu pasukan ke peringkat seterusnya.

Yokohama F. Marinos mencipta sejarah kelab apabila berjaya lolos ke pusingan separuh akhir buat kali pertama.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram