Advertisements
ACL: Yokohama F. Marinos Mudah Atasi Shandong Taishan
ACL
MakanBola
ACL

Pentas suku akhir pertama Liga Juara-Juara Asia (ACL) malam ini menyaksikan pertembungan di antara Shandong Taishan dan Yokohama F. Marinos yang berkesudahan dengan keputusan 1-2.

Perlawanan dimulakan dengan penguasaan menyeluruh dipamerkan Yokohama F. Marinos yang tampak lebih selesa mengawal bola dalam padang.

Yokohama F. Marinos tidak menunggu lama untuk mencetak gol apabila seawal tujuh minit permainan, penyerang Yokohama, Anderson Lopes berjaya membuka tirai pertama menerusi sepakan deras dalam kotak penalti terus menewaskan penjaga gol, Shandong Taishan.

Shandong Taishan tidak berdiam diri dan terus menerus melakukan beberapa serangan balas bagi menyamakan kedudukan, namun dapat dihalang oleh pertahanan Yokohama dan beberapa sepakan terlepas daripada tiang gol.

Separuh masa pertama kekal kedudukan Yokohama F. Marinos mendahuluhi dengan keputusan 1-0 Shandong Taishan.

Bersambung babak kedua, momentum Yokohama F. Marinos diteruskan dengan menekan barisan pemain Shandong bertahan di kawasan sendiri.

Shandong sekali lagi membuat serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Yokohama pada minit ke-60 perlawanan, namun semua serangan itu tidak berhasil dengan sebarangan gol.

Momentum Yokohama dengan menekan barisan pemain Shandong berjaya dilobosi apabila pemain sayap Yokohama, Yan Matheus terus meledak gol kedua pada minit ke-69 perlawanan.

Tersentak dengan gol kedua Yokohama, akhirnya usaha Shandong membuat serangan balas berjaya apabila pemain Shandong menjaringkan gol pertama buat pasukannya pada minit ke-90 perlawanan.

Kedudukan 1-2 itu kekal sehingga tamat wisel permainan dan Yokohama F. Marinos akan bertemu semula Shandong Taishan bagi aksi timbal balik, suku akhir Liga Juara-Juara Asia pada Rabu depan, 13 Mac 2024 di Stadium Nissan.