ACL2: Kelab Korea dan Jepun berpotensi menjadi lawan Selangor FC dengan habuan RM1.4 Juta sudah rasmi dalam tangan.
Gergasi Merah bakal menjadi wakil tunggal Malaysia dalam saingan tersebut selepas JDT menjadi wakil tunggal negara di ACLE.
Balang 1 diisi oleh pasukan gergasi Asia iaitu satu wakil yang tersingkir dari kelayakan ACLE, Sanfrecce Hiroshima (Jepun), Jeonbuk Hyundai (Korea) dan juga Zheijang (China).
Balang 2 pula diisi oleh 4 pasukan iaitu Port FC (Thailand), Sydney (Australia), Selangor (Malaysia) dan Nam Dinh (Vietnam).
Balang 3 melibatkan pasukan seperti Lee Man (Hong-Kong), Kaya (Filipina), Lion City (Singapura) dan Muangthong United (Thailand).
Eastern (Hong Kong), DH Cebu (Filipina), Tampiners Rovers (Singapura) dan Persib Bandung (Indonesia) berada dalam Balang 4.
Sebanyak 32 kelab akan bertanding dalam saingan ACL2 tahun ini dan akan dibahagikan kepada lapan kumpulan meliputi empat kumpulan dari asia barat dan asia timur.
Selangor juga sudah dijanjikan habuan RM1.4 Juta setelah mengesahkan tempat pada peringkat kumpulan.
Setiap kumpulan akan diisi oleh empat buah pasukan dengan aksi peringkat kumpulan akan dilangsungkan menggunakan format double round-robin iaitu menentang setiap pasukan di home dan away.
Saingan ini dijadualkan berlangsung dari 1-3 Oktober sehingga 3-5 Disember 2024.
Juara dan naib juara kumpulan akan ke pusingan 16 dengan aksi secara timbal balik berlangsung pada 11-13 Februari dan 18-20 Februari.