ACL2: Lion City Pamer Taring Tundukkan Zhejiang Pro
MakanBola
Lion City Sailors FC
Sponsors

Lion City Sailors mempamerkan aksi hebat apabila berjaya menundukkan cabaran kelab dari China, Zhejiang Professional dalam aksi pertama Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Lion City dibarisi pemain-pemain hebat seperti Bart Ramselaar, Lennart Thy, Lionel Tan dan penjaga gol berpengalaman, Izwan Mahbud serta Hariss Harun selaku kapten pasukan.

Ad
Sponsors

Zhejiang Pro pula mempertaruhkan penyerang Owusu-Sekyere dibantu pemain seperti Jean Kouassi, Di Gao dan Cheng Jin dalam perlawanan ini.

Ad

Babak pertama tampil seimbang buat kedua-dua pasukan yang saling mengatur gerak dalam meraih gol pertama perlawanan.

Zhejiang tampil lebih dominan dalam aksi babak pertama tetapi Lion City berjaya mengejutkan pihak lawan menerusi jaringan Hariss Harun pada minit ke-44 permainan.

Ad

Kedudukan 1-0 Lion City mendahului Zhejiang kekal hingga tamat aksi separuh masa pertama.

Ad

Bersambung babak kedua, Lion City memperkukuhkan kedudukan menerusi gol kedua daripada Maxime Lestienne pada minit ke-79.

Ad

Perlawanan tamat dengan kemenangan berpihak kepada Lion City Sailors ke atas Zhejiang Professional dengan jaringan 2-0.

Lion City yang kini meraih tiga mata pertama seterusnya bakal menentang Port FC pada 3 Oktober kelak manakala Zhejiang akan melawan Persib Bandung.