ACL2: Lion City Sailors ‘Baham’ Sydney
MakanBola
Lion City Sailors FC
Sponsors

Lion City Sailors (LCS) meraih bekalan selesa untuk aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) apabila menewaskan Sydney FC di Stadium Jalan Besar.

Kedua-dua pasukan mengintai peluang mara ke pentas final ACL2 buat kali pertama dalam sejarah kelab masing-masing.

Ad

Lennart Thy diberi kepercayaan untuk merobek gawang The Sky Blues. Bekas bintang Bayern Munich, Douglas Costa menjadi sandaran gol Sydney.

Separuh masa pertama menyaksikan The Sailors berusaha mencari gol pendahuluan berbekalkan sokongan padu penyokong di Stadium Jalan Besar.

Ad

Gol yang dicari hadir pada minit ke-18 menerusi Bart Ramselaar. Ramselaar melepaskan rembatan deras tepat ke arah penjuru atas gawang pelawat.

Ad

Tersentak, Sydney yang dibimbing Ufuk Talay berusaha mencari gol penyamaan. Bekas pemain sayap Huddersfield Town, Joe Lolley hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-26 tetapi percubaannya tersasar.

Ad

LCS berusaha mencari gol tambahan tetapi keputusan 1-0 kekal sehingga rehat separuh masa.

Bersambung pada babak kedua, Talay memasukkan Adnan Segecic bagi memperkemaskan rentak Sydney di bahagian tengah.

Tatkala The Sky Blues mengasak kubu tuan rumah, gawang mereka bocor lagi pada minit ke-53. Kali ini, giliran Thy pula mencetak nama sebagai penjaring.

Pengendali The Sailors, Aleksandar Rankovic kemudiannya memasukkan Maxime Lestienne menggantikan Shawal Anuar pada minit ke-60. Ini bertujuan menambah ketajaman di bahagian serangan.

Sydney berusaha mengurangkan defisit gol tetapi keputusan 2-0 kekal sehingga tamat perlawanan. LCS membawa bekalan dua gol untuk aksi timbal balik di Sydney pada 16 April.

Sofascore memilih bek kiri Portugal, Diogo Costa sebagai pemain terbaik perlawanan. Bek kiri The Sailors itu meraih markah 8.5 selepas mencipta dua gol yang disudahkan Ramselaar dan Thy.

Selepas ini, LCS bakal menentang DPMM FC pada 12 April. The Sky Blues pula akan menentang Auckland FC pada hari yang sama.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments