ACL2: Peminat Ramal Peluang Selangor Atasi Muangthong United 18%
MakanBola
SFC/MUFC
Sponsors

AFC Champions League 2: Peminat meramalkan bahawa peluang wakil Malaysia, Selangor FC untuk mengatasi Muangthong United sekitar 18 peratus.

Gergasi Merah kembali ke kancah bola sepak Asia selepas 8 tahun tidak beraksi dengan misi untuk mara sejauh mungkin.

Ad
Sponsors

Skuad kendalian Nidzam Jamil juga berada dalam momentum terbaik apabila berada pada kedudukan kedua Liga Super sebelum melangkah ke Thailand untuk aksi pembukaan ACL2.

Ad

Undian peminat di laman AFC bagaimanapun menunjukkan sekitar 18 peratus peminat memilih Selangor untuk mengatasi wakil Thailand itu.

Muangthong United pula diramal bakal menjadi pasukan pilihan dengan 66 peratus peluang kemenangan berdepan finalis Piala FA Malaysia 2024.

Ad

Satu lagi wakil Malaysia di Asia iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) diramal memiliki peluang sekitar 20 peratus berdepan wakil China, Shanghai Port.

Ad
Untitled design 6 ACL2: Peminat Ramal Peluang Selangor Atasi Muangthong United 18%

Aksi antara Muangthong United menentang Selangor dijadualkan berlangsung pada 19 September 2024 jam 9 malam.

Ad