Aksi AFC Champions League 2 (ACL2) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Persib dan Port FC.
Perlawanan Kumpulan F antara Persib FC, wakil dari Indonesia dan Port FC, wakil dari Thailand telah dijadual berlangsung di Stadium Jalak Harupat Soreang, Bandung
Aksi di separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan tidak berjaya mencatat sebarang jaringan.
Biarpun penguasaan bola di babak pertama permainan dimenangi Port FC, skuad kendalian Rangsan Viwatchaichok masih gagal menembusi gawang pasukan tuan rumah. Port FC mencatat sebanyak 6 percubaan dan 2 percubaan tepat sementata Persib pula hanya berjaya mencatat 3 percubaan.
Bersambung aksi di babak kedua permainan, kedua-dua pasukan bermula baik melancarkan serangan untuk mencari gol pembukaan.
Gol tunggal perlawanan akhirnya hadir pada minit ke-89 permainan menerusi pemain gantian Port FC, Willian Mota.
Beliau menjadi wira untuk Port FC apabila menyumbat masuk bola ke gawang pada minit ke-89 permainan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Jalak Harupat tamat dengan pasukan tuan rumah tewas kepada Port Fc dengan keputusan 1-0.