Ads
ACL2: Selangor Hadir Bukan Sebagai Pelengkap Kumpulan – Safuwan Baharudin
Asia
Selangor FC

Selangor berniat mahu membawa pulang tiga mata berharga dari Thailand bagi saingan AFC Champions League Two (ACL2).

Advertisements

Ketua pasukan Selangor FC, Safuwan Baharudin menganggap pasukannya hadir bukan sebagai pelengkap kumpulan.

Advertisements

Sebaliknya, beliau optimis The Red Giants bakal membawa pulang mata berdepan pasukan gergasi Thailand, Muangthong United. 

Advertisements
Advertisements

“Kami hadir ke sini untuk beraksi dengan baik bukan sekadar jadi pelengkap kumpulan. Kami di sini mahukan kemenangan. 

“Bagi pemain bola profesional, ianya akan menjadi sedikit sukar beraksi di tempat lawan dan ianya satu perkara yang baik kepada kelab jika berjaya membawa pulang mata,” kata Safuwan Baharudin dalam sidang media sebelum perlawanan.

Advertisements

Safuwan dalam pada itu menyatakan bahwa barisan pemain muda akan mendapat pengalaman yang berguna beraksi di pentas tertinggi Asia Tenggara.

“Dari segi persiapan, kami sudah bersedia dan ianya juga satu pengalaman berharga buat pemain-pemain muda untuk ketahui sejarah di Stadium Rajamangala. 

“Saya jangkakan satu perlawanan yang menarik akan ditampilkan oleh kedua-dua pasukan,” ujarnya lagi. 

Advertisements

The Red Giants akan berdepan Muangthong United esok, 19 September bagi aksi pertama saingan ACL2 pada jam 6 petang waktu Malaysia di Stadium Kebanggsan Rajamangala, Thailand.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram