Advertising
ACL2: Selangor Kecundang Di Tangan Muangthong United
ACL
MakanBola
Selangor FC

Aksi saingan AFC Champions League Two (ACL2) malam ini menyaksikan Selangor kecundang di tangan Muangthong United.

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik. Tugas pertama buat jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi mengendali aksi pertamanya. 

Seawal lima minit permainan, tuan rumah membuka jaringan menerusi Quentin Cheng yang bijak menyudahkan jaringan selepas pergelutan dalam kotak penalti.

Ad

Separuh masa pertama tamat, Selangor 1-0 Muangthong United. Pasukan pelawat hanya berjaya membuat satu percubaan berbanding The Red Giants yang mempunyai 9 percubaan ke arah gawang gol.

Pada minit ke-53 permainan, Muangthong United berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyerang berbisa, Felicio Brown Forbes selepas pergelutan berlaku dari sepakan sudut.

Ad

Peluang terbaik Selangor untuk menjaringkan gol kedua pada minit ke-67 permainan, namun sepakan Alvin Fortez terkena tiang gol.

Pada minit ke-76 permainan,  Muangthong United kembali didepan apabila Poramet Ajvirai menghadiahkan gol kedua pasukan dengan rembatan deras menewaskan penjaga gol Selangor, Azim Al Amin.

Enam minit masa tambahan tidak mampu mengubah keputusan perlawanan, Selangor terpaksa akur tewas tipis ke atas Muangthong United.

Selepas ini, Selangor akan bertemu DH Cebu dan Muangthong United berdepan Jeonbuk Hyundai pada 5 Disember depan.