ACL2: Tiket Final Lion City Sailors vs Sharjah Habis Terjual
MakanBola
Lion City Sailors FC
Sponsors

Tiket aksi final Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) antara Lion City Sailors (LCS) dan Sharjah FC sudah habis terjual.

Perkara ini dinyatakan sendiri pengurusan LCS menerusi satu kenyataan di platform rasmi mereka baru-baru ini.

Ad
Sponsors

“Kami gembira untuk mengumumkan tiket aksi final ACL2 2025 menentang Sharjah FC sudah habis terjual. Terima kasih yang tak terhingga atas sokongan hebat anda!

Ad

“Barisan pemain sudah bersedia untuk mengibarkan panji bendera Singapura sekali lagi dan kami tidak sabar melihat anda membawa tenaga ke Stadium Bishan pada 18 Mei!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Kapten LCS, Hariss Harun mengakui terharu dengan sokongan padu yang diberi penyokong untuk aksi final ACL2.

Ad

“Ia satu perasaan yang hebat untuk mengetahui tiket laris dijual dan ramai orang berminat melihat kami bermain.

Ad

“Kami tak sabar beraksi di final dalam suasana yang mengagumkan dan harap penyokong dapat memberi dorongan dan inspirasi untuk kami berjaya,” katanya kepada The Straits Times.

Ad

Aksi final ACL2 bakal berlangsung di Stadium Bishan. Bagi menambah kehadiran penyokong di stadium tersebut, LCS mula membina kawasan tempat duduk sementara bagi menambah kapasiti kepada 10,000 orang.

Kelab Singapura itu turut berusaha menambah baik kualiti padang dan lampu limpah bagi memastikan ia memenuhi semua peraturan yang ditetapkan AFC.

Delegasi AFC dilaporkan bakal mengadakan tinjauan di Stadium Bishan pada minggu ini untuk melihat tahap persediaan stadium itu untuk aksi final berkenaan.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments