ACLE: 4 Bekas Bintang EPL Bakal Jadi Lawan Dion Cools
MakanBola
BUFC/AASC

Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools bakal berdepan cabaran empat bekas bintang Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam saingan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE).

Ini selepas Buriram United bakal bertemu dengan kelab Arab Saudi, Al-Ahli di pentas suku akhir ACLE.

Ad

Ini berdasarkan cabutan undi peringkat suku akhir yang diadakan di AFC House, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ad

Empat bekas bintang EPL dalam pasukan Al-Ahli ialah Roberto Firmino, Riyad Mahrez, Edouard Mendy dan Ivan Toney.

Peminat EPL cukup mengenali Firmino, Mahrez dan Mendy kerana trio ini pernah beraksi untuk Liverpool, Manchester City dan Chelsea.

Ad

Toney pula menyertai Al-Ahli dengan yuran perpindahan £40 juta (RM230 juta) dalam tetingkap perpindahan Januari 2025.

Ad

Sebelum menyertai kelab itu, bekas penyerang Brentford itu dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United dan Chelsea.

Ad

Selain mereka, Al-Ahli turut diperkuatkan dengan kehadiran Gabri Veiga, Roger Ibanez, Merih Demiral, Matteo Dams, Galeno dan kapten, Franck Kessie.

Kualiti pasukan yang dibimbing Matthias Jaissle itu dijangka memberi cabaran kepada Cools dan Buriram apabila kedua-dua pasukan bertemu antara 25 hingga 27 April ini.

Aksi-aksi suku akhir lain menyaksikan Gwangju FC berdepan Al-Hilal. Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr bakal menentang finalis edisi 2023, Yokohama F. Marinos.

Satu lagi wakil Jepun, Kawasaki Frontale pula bakal menentang kelab Qatar, Al-Sadd.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments