ACLE: Al-Ahli Akhiri Penantian Juara, Kawasaki Frontale Kalah Bermaruah
MakanBola
Al-Ahli Saudi Club
Sponsors

Perlawanan akhir AFC Champions League Elite (ACLE) 2024-2025 berakhir dengan mahkota kejuaraan milik Al-Ahli buat kali pertama setelah menumbangkan Kawasaki Frontale dari Jepun.

Kedua-dua pasukan bertemu di pentas final setelah Al-Ahli menumbangkan Al-Hilal sementara Kawasaki Frontale pula mengejutkan kelab gergasi, Al-Nassr yang diketuai Cristiano Ronaldo.

Ad
Sponsors

Kesebelasan utama Al-Ahli dibarisi pemain bintang antaranya Roberto Firmino, Riyad Mahrez dan juga Ivan Toney manakala Kawasaki Frontale hanya turunkan dua pemain import, Erison dan Marcinho.

Ad

Penyerang England, Ivan Toney beraksi cukup baik dan miliki peluang terbaik untuk meletakkan Al-Ahli di hadapan namun ditepis keluar oleh penjaga gawang Kawasaki Frontale, Louis Yamaguchi.

Ad

Tidak lama kemudian, Kawasaki Frontale pula hadir menguji pintu gol Al-Ahli menerusi gerakan lincah Marcinho sebelum hantarannya gagal dibaca oleh rakan sepasukan dan hanya melintasi garisan.

Ad

Jaringan yang dicari akhirnya tiba pada minit ke-35 apabila pemain sayap Al-Ahli, Wenderson Galeno melepaskan satu rembatan lengkung yang menewaskan Louis Yamaguchi di pintu gol.

Ad

Bekas pemain tengah Barcelona, Franck Kessie menambah kelebihan buat Al-Ahli dengan gol kedua pada minit ke-42 setelah menanduk masuk hantaran lintang daripada Roberto Firmino.

Separuh masa pertama tamat, Al-Ahli 2-0 Kawasaki Frontale.

Kembali dari rehat, aksi bersambung lebih sengit dengan Al-Ahli berusaha bagi menggandakan jaringan tatkala Kawasaki pula terus melancarkan serangan tanpa henti untuk mencari gol pertama.

Pemain gantian, Tatsuya Ito hampir menjaringkan gol buat pasukan Kawasaki apabila miliki dua peluang terbaik akan tetapi percubaan penyerang Jepun itu sedikit tersasar dari sasaran.

Aksi di Jeddah berakhir dengan keputusan 2-0 memihak Al-Ahli sekaligus mengangkat kelab Arab Saudi itu selaku juara ACLE buat julung kalinya.

Ini merupakan kejuaraan ACLE pertama buat pasukan Al-Ahli setelah tewas di perlawanan akhir pada edisi 1985-1986 dan 2012 tatkala ini adalah pencapaian terbaik Kawasaki Frontale di pentas tertinggi Asia.

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments