ACLE: JDT ‘Diamkan’ Shanghai Shenhua Di Stadium Sultan Ibrahim
MakanBola
Johor Darul Ta’zim

Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya raih tiga mata berharga di laman sendiri apabila berjaya menewaskan jaguh China, Shanghai Shenhua. 

Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan terbaik dalam misi merakamkan 3 mata pertama berharga bagi perlawanan kedua ACLE

Peluang terbaik JDT hadir menerusi percubaan ‘cip’ Jorge Obregon pada minit ke-7 namun tersasar melewati tiang gol.

Ad

JDT terus memberikan asakan pemain sayap sensasi, Arif Aiman melepaskan rembatan kencang untuk menewaskan penjaga gol Shanghai Shenhua, Yaxiong Bao pada minit ke-11 permainan.

Ad

Usaha tidak mengkhianati hasil, segalanya nampak menjadi apabila pada minit ke-23 permainan Jorge Obregon menghasilkan jaringan kedua pasukan selepas mudah menanduk masuk hantaran lintang daripada Murillo.

Ad
Ad

Separuh masa pertama tamat, Johor Darul Ta’zim 2-0 Shanghai Shenhua.

Ad

Jurulatih JDT, Hector Bidoglio membuat pertukaran pertama pada minit ke-72 permainan apabila mengeluarkan Jorge Obregon dengan menggantikan Bergson Da Silva.

Pada minit ke-80 permainan, JDT terus mengganas apabila Juan Muniz menghadiahkan gol ketiga pasukan menerusi sepakan percuma menewaskan penjaga gol Shanghai, Yaxiong Bao.

Keputusan penuh, JDT raih kemenangan pertama dalam saingan ACLE dengan keputusan 3-0 menundukkan Shanghai Shenhua.

JDT ketika ini naik ke tangga kedua kumpulan EAST dengan empat mata sementara Shanghai Shenhua jatuh di tangga kelima dengan 3 mata.