ACLE: JDT Ketinggalan 2-1 Kepada Gwangju Babak Pertama
MakanBola
Johor Southern Tigers
Sponsors

Aksi separuh masa pertama Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) antara Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dan Gwangju FC berakhir dengan keputusan.

Pengendali JDT, Hector Bidoglio membuat satu perubahan dengan menurunkan bek tengah kebangsaan, Feroz Baharudin menggantikan Shane Lowry.

Ad

Selain daripada itu, barisan pemain lain dikekalkan jurulatih Venezuela itu untuk aksi menentang Gwangju termasuk pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman.

Sementara jurulatih Gwangju, Lee Jung-hyo memilih barisan terkuat termasuk pemain sayap Albania berusia 29 tahun, Jasir Asani.

Ad

Meskipun beraksi dalam keadaan hujan di Stadium Yongin Mireu, kedua-dua pasukan berusaha mencari kelebihan gol awal.

Ad

Gwangju tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi Asani seawal minit ketiga. Bekas pemain sayap Kisvarda itu melakukan sepakan lencong yang menewaskan penjaga gol JDT, Andoni Zubiaurre.

Ad

Kesilapan Feroz mengawal bola pantas dihukum oleh Asani. Selepas berjaya merampas bola daripada bek tengah berusia 24 tahun itu, beliau melarikan bola sebelum menyumbat gol keenamnya dalam ACLE pada minit keenam.

Arif hampir menyamakan kedudukan untuk JDT menerusi rembatan leret pada minit ke-12. Walau bagaimanapun, percubaan beliau dinafikan penjaga gol Gwangju, Kim Kyeong-min.

Usaha JDT untuk merapatkan jurang gol berhasil apabila Feroz menjaringkan gol pada minit ke-28. Anak jati Kota Tinggi itu langsung tidak dikawal bila menanduk bola melepasi Kyeong-min.

Gwangju menyangka telah kembali meraih kelebihan dua gol menerusi Shin Chang-moo pada minit ke-33. Walau bagaimanapun, gol tersebut dibatalkan selepas pengadil mengesan kekasaran Byeon Jun-soo ke atas Natxo Insa.

Harimau Selatan terus berusaha mencari gol penyamaan tetapi keputusan 2-1 kekal sehingga rehat separuh masa.