Advertisement
ACLE: Kawasaki Frontale Akur Tewas Kepada Gwangju Di Laman Sendiri
ACL
MakanBola
TheAFCCL

Aksi Asia Champions League Elite (ACLE) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan dari Jepun, Kawasaki Frontale bertemu wakil dari Korea Selatan, Gwangju.

Kedua-dua pasukan ini mencatat kemenangan dalam aksi pertama dimana Kawasaki menewaskan Ulsan Hyundai (1-0) sementara Gwangju pula menang keatas Yokohama FM (7-3).

Babak separuh masa pertama menyaksikan pasukan tuan rumah dibolosi dengan keputusan 1-0. Pada minit ke-21 permainan, Gwangju telah dihadiahkan penalti dan Jasir Asani memastikan jaringan pertama perlawanan terhasil.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan mula mempamerkan corak berbeza apabila mencari gol tambahan.

Kawasaki Frontale beberapa kali mengasak pasukan pelawat untuk mencari jaringan penyamaan namun terus buntu hingga tamat permainan.

Keputusan di separuh masa pertama kekal hingga tamat permainan. Gwangju meraih kemenangan kedua dalam kempen ACLE selepas menewaskan Kawasaki Frontale dengan keputusan 1-0.