ACLE: Shandong Taishan Mula Langkah Kanan Benam Central Coast Mariners
MakanBola
Shandong Taishan FC
Sponsors

Shandong Taishan berjaya menewaskan Central Coast Mariners untuk meraih tiga mata pertama aksi Liga Juara-Juara Elit (ACLE).

Choi Kang Hee menggunakan formasi 4-3-3 dalam menggempur cabaran Central Coast Mariners di Stadium Sukan Olimpik Jinan.

Ad
Sponsors

Shandong Taishan bermula cemerlang apabila Bi Jinhao menjaringkan gol seawal minit ke-8 untuk meletakkan Shandong dihadapan.

Ad

Central Coast Mariners cuba untuk bangkit menerusi beberapa percubaan dan penantian tersebut tamat dipenghujung aksi babak pertama.

Mikael Doka berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama setelah menyempurnakan sepakan penalti buat Central Coast Mariners.

Ad

Bersambung babak kedua, Shandong melancarkan beberapa serangan berbahaga tetapi gagal menembusi gawang gol.

Ad

Valeri Qazaishvili kembali meletakkan Shandong dihadapan apabila merekodkan gol kedua pasukan pada minit ke-74.

Ad

Disaat Central Coast Mariners cuba mencari gol penyamaan, Qazaishvili menambah duka pasukan itu menerusi gol ketiga Shandong.

Qazaishvili meledak gol kedua peribadi dalam perlawanan pada minit ke-88 untuk menoktahkan kemenangan Shandong Taishan ke atas Central Coast Mariners.

Kedudukan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan menyaksikan Shandong Taishan berjaya meraih tiga mata berharga dalam saingan ACLE.

Shandong Taishan seterusnya akan bertemu Vissel Kobe manakala Central Coast Mariners akan menentang cabaran Buriram United.