ACLE: Shanghai Port Kalah Teruk , Peluang Pintas JDT Lebur
MakanBola
Vissel Kobe FC

Aksi ketujuh AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan hasrat Shanghai Port menghukum JDT lebur.

Hal ini selepas jaguh China itu tunduk 4-0 di tangan Vissel Kobe dalam satu aksi hari ini.

Skuad kendalian Kevin Muscat turun dengan skuad terbaik namun dikejutkan dengan jaringan awal oleh Yoshinori Muto seawal minit ke-11.

Vissel Kobe tidak terhenti di situ apabila terus mendominasi permainan dan menutup peluang Shanghai Port untuk menyamakan kedudukan

Aksi babak pertama tamat dengan keputusan 1-0 di Stadium Noevir, Jepun memihak Vissel Kobe.

Bersambung babak kedua, anak buah Takayuki Yoshida menambah dua lagi jaringan dalam tempoh dua minit masing-masing menerusi ledakan Yuya Kuwasaki (54) dan juga Koya Yuruki pada minit ke-56.

Yuya Osako melengkapkan kemenangan bergaya Kobe pada minit ke-81 untuk melonjak ke tangga teratas kumpulan.

Tambahan masa 6 minit tidak mengubah keputusan sekaligus menyaksikan hasrat Shanghai Port untuk memintas JDT lebur.

JDT kini menghuni tangga kelima dengan 11 mata sementara Port di tangga ketujuh dengan 8 mata dan memerlukan kemenangan terakhir kumpulan untuk layak ke pusingan kalah mati.