Aksi Asian Champions League Elite (ACLE) hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan dari China Shanghai Shenhua menentang wakil dari Korea Selatan, Pohang Steelers.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Shanghai, China itu berkesudahan dengan keputusan 4-1 memihak pasukan tuan rumah.
Aksi di babak pertama tamat dengan tiada sebarang jaringan berjaya dihasilkan kedua pasukan. Biarpun banyak percubaan dan serangan yang diatur kedua-dua pasukan, Shenhua dan Pohang masih belum berjaya mencipta jaringan pembukaan perlawanan.
Bersambung aksi di babak kedua perlawanan, pasukan tuan rumah ketinggalan satu gol pada minit ke-53 permainan selepas Pohang Steelers menjaringkan gol menerusi penyerang import, Jorge Teixeira.
10 minit selepas itu, pemain import Shenhua, Andre Luis menyamakan kedudukan untuk jaringan pertama pasukan menerusi satu tandukan.
Pada minit ke-71 permainan, pemain gantian pasukan tuan rumah, Cephas Malele menjaringkan gol kedua buat Shanghai Shenhua.
Tak terhenti setakat itu, Cephas Malele sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring selepas menyempurnakan sepakan penalti sebelum Gao Tianyi memastikan kebangkitan Shanghai Shenhua berakhir dengan kemenangan apabila percubaan dari luar kotak penalti beliau menggegar jaring.
Keputusan akhir menyaksikan Shenghai Shenhua mencatat tiga mata berharga dalam aksi pertama dalam saingan ACLE 2024 selepas menewaskan Pohang Steelers dengan keputusan 4-1.