Ada Orang Kuat Politik Ingin Ambil Alih KL City?
Dunia
MakanBola
KL City Football
Advertisements

Juara Piala Malaysia, Kuala Lumpur City FC dikhabarkan sedang berdepan masalah apabila dikatakan para pemain dan juga barisan staf dan juga pegawai pasukan tidak dibayar gaji sejak bulan Januari.

Hal ini dikatakan berpunca daripada perselisihan fahaman politik yang turut melibatkan Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Khalid Samad.

Advertisements

Beliau dikhabarkan melepaskan jawatannya dalam Kongres KLFA kali ke-33 berikutan terdapatnya tekanan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurut Khalid, hal ini terjadi disebabkan geran yang sepatutnya diberikan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), tidak diberikan berikutan fahaman politik yang berbeza.

Advertisements

Menurutnya lagi, nilai sebanyak 5 juta ringgit tidak dapat dituntut oleh KL City daripada syarikat yang berminat untuk membeli 50 peratus saham KLCFC.

‘Tetapi ia (pemberian geran) tidak dilakukan. Mereka telah diperkenalkan kepada kami oleh menteri wilayah pada ketika itu, jadi ia menimbulkan masalah kepada kami kerana perancangan kewangan kami menjadi bercelaru,’- kata Khalid kepada Nadi Weekend.

Advertisements

Namun begitu, Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard mengakui situasi tersebut berlaku namun ia akan diselesaikan tidak lama lagi.

‘Perkara ini (lewat pembayaran gaji) untuk KL City bukan baru, tahun lepas pun situasi sama juga, sebab itu pemain-pemain kami tidak bising di laman sosial kerana kami di pihak pengurusan sentiasa berbincang dengan pemain.’

Advertisements

‘Pemain sangat memahami dan mereka tahu gaji mereka tetap akan di bayar cuma kadang-kala lewat sedikit. Mungkin sebab kita dah jadi juara Piala Malaysia, isu ini timbul sedangkan tahun lalu tidak pun,’ – Jelasnya kepada Arena Metro.

Sungguhpun begitu, pembayaran tersebut dilaporkan sudah selesai sebelum perlawanan menentang JDT tempoh hari.

Advertisements

Bukan itu sahaja, Stanley juga dilaporkan bakal meletakkan jawatan dan sekiranya perkara itu terjadi, maka nasib ketua jurulatih, Bojan Hodak juga bakal terjejas.

Bojan yang sudah dihubungi oleh Harimau Malaya menyatakan beliau sudah lali dengan situasi sebegini tanpa mahu mengulas lanjut isu ini.

Advertisements

Kemelut ini juga difahamkan berlaku disebabkan pertukaran Menteri Wilayah yang baru sementara Khalid merasakan ia sepatutnya tidak mengganggu perjalanan pasukan yang tidak boleh bercampur dengan politik.

’Kita sepatutunya berganding bahu dan bekerjasama memajukan bola sepak KLCFC dan kembalikan zaman kegemilangan pasukan.’

Advertisements

’Perbezaan politik tidak sepatutnya menjadi masalah.’

Sungguhpun berdepan dengan situasi sukar,KL City tetap bertenaga untuk membenam cabaran Langkawi City FC dengan keputusan 8-0.

Advertisements

News Comments Account