“Adakah Kita Memuji Harimau Malaya Berlebih-Lebihan?” – Stanley Bernard
Harimau Malaya
Astro Arena
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard menjelaskan adakah kekalahan Harimau Malaya berpunca daripada pujian yang berlebih-lebihan.

Beliau melihat daripada pelbagai aspek terutamanya kembali kepada identiti setiap pemain dan menganggap prestasi yang dipamerkan skuad negara tidak sama seperti menentang Korea Selatan pada saingan Piala Asian Cup baru-baru ini.

Stanley dalam pada itu mengatakan pujian kepada skuad negara juga perlu, namun harus melihat kepada realiti, mencari dimana silap dan kekurangan sepanjang dua tahun ini.

Advertisements

”Kita nampak masa menentang Korea Selatan corak pasukan negara sangat positif kerana berlawan dengan pasukan Piala Dunia dan mereka memberikan sepenuhnya ketika saingan Piala Asia”

“Masalah terbesar kita, bukan sahaja dalam dunia bola sepak, “Our Sporting Scene” kita perlu melihat kepada Adakah kita sedang melihat pujian lebih-lebihan kerana itu baik buat pasukan tetapi kita juga perlu melihat kepada realiti,” katanya di dalam temubual bersama Astro Arena semalam.

Malaysia terpaksa akur selepas menerima kekalahan kali kedua menentang Oman semalam. Kini kedudukan skuad bimbingan Kim Pan-gon berada di tangga tangga ke-3 peringkat kumpulan berada di belakang Kyrgysztan dan Oman dengan 3 mata perbezaan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram