Laporan baru menyatakan bahawa Martin Odegaard sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk kembali ke Arsenal dan Liga Perdana Inggeris pada musim 21/22.
Odegaard berkeinginan besar untuk memburu kejayaan bersama kelab lamanya iaitu Real Madrid. Akan tetapi jika khidmat beliau ditagih The Gunners, beliau bersedia beraksi kembali ke kelab tersebut seperti yang dilaporkan Arancha Rodriguez.
Setakat ini, Odegaard melakukan 20 penampilan bersama Arsenal. Beliau juga berjaya membantu pasukan The Gunners meledak 2 jaringan gol serta 2 bantuan gol pada musim 20/21.
Melalui satu ciapan di Twitter, Wartawan Real Madrid, Arancha Rodrigue mengesahkan bahawa pemain berusia 22 tahun itu sememangnya ingin mencuba nasib bersama Arsenal sekali lagi, tetapi masih tiada penawaran yang berlaku.
Menurut sumber dari Fabrizio Romano, Arsenal sentiasa mempunyai matlamat yang jelas bagi merancang masa depan Martin Odegaard. Beliau dianggap sebagai sasaran utama sebagai pemain nombor 10.
Akan tetapi, jika Real Madrid memutuskan untuk melepaskan Odegaard pergi, Arsenal bersedia untuk menandatangani Odegaard sebagai pemain tetap. Walaubagaimanpun, kita masih menunggu kenyataan rasmi menjelang tarikh akhir perpindahan pada 31 Ogos menerusi laman web rasmi EPL.