Advertising
Adib Ra’op Redakan Keresahan Harimau Malaya
MakanBola
FA Malaysia
Sponsors

Penyokong Harimau Malaya boleh menghela nafas lega apabila mendengar khabar terbaru bek kiri negara, Adib Ra’op.

Adib menunjukkan persembahan mantap dalam aksi ketiga Kumpulan A ASEAN Championship 2024 menentang Thailand pada 14 Disember lalu.

Ad

Walau bagaimanapun, bek kiri Penang FC itu tidak dapat meneruskan permainan pada 10 minit terakhir perlawanan. Ini selepas Adib berlaga kepala dengan pemain tengah Thailand, Akarapong Pumwisat.

Ad

Pasukan perubatan kemudiannya membawa bek kiri berusia 25 tahun itu itu ke hospital untuk rawatan lanjut. Pengendali Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memilih G. Pavithran sebagai pengganti Adib.

Akarapong kemudiannya dilayangkan kad kuning oleh pengadil Uzbekistan, Rustam Lutfullin kerana insiden tersebut.

Ad

Perlawanan itu berkesudahan dengan kemenangan 1-0 buat skuad Gajah Perang. Penyerang Muangthong United, Patrik Gustavsson menyumbat gol kemenangan buat tuan rumah.

Ad

Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memaklumkan Adib tidak mengalami kecederaan serius. Walau bagaimanapun, beliau perlu berehat selama beberapa hari bagi membantu pemulihannya.

Ad

“Adib Raop yang dikejarkan ke hospital akibat pelanggaran dengan pemain Thailand dalam perlawanan malam tadi tidak alami kecederaan serius tapi perlu rehat beberapa hari. Perlawanan seterusnya lawan Singapura!” katanya di X.

Sejak dipanggil menyertai Harimau Malaya pada Jun lalu, Adib sudah merekodkan lima penampilan dan satu gol di peringkat antarabangsa.

Kehadiran beliau dijangka kembali menyuntik semangat Harimau Malaya menjelang aksi terakhir kumpulan menentang Singapura pada 20 Disember ini.