Adik Safawi Rasid Nampak Garang Bersama Skuad Simpanan Kedah
MakanBola
KDA FC
Sponsors

Adik kepada kapten pasukan Harimau Malaya, Alfi Rasid dilihat tampil garang bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.

Beliau yang sebelum ini beraksi bersama JDT III pada musim lepas telah banyak membantu pasukan terutamanya dalam Piala Presiden musim lalu kelihatan sudah membawa haluan baharu.

Ad
Sponsors

Pemain berusia 19 tahun itu baru-baru ini hangat diperkatakan apabila beliau telah memuat naik satu hantaran pintu gerbang negeri Kedah.

Ad

Oleh yang demikian, timbul spekulasi bahawa pemain ini bakal meninggalkan skuad Harimau Selatan untuk bersama pasukan baharu musim hadapan.

Perkara ini akhirnya terjawab apabila laman rasmi Kedah Darul Aman telah memuat naik satu foto yang memaparkan Alfi sedang menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

Ad

Beliau difahamkan bakal memperkuat pasukan bawah 23 tahun Kedah bagi saingan Liga Simpanan yang turut melibatkan 24 orang muka lain dalam pasukan.

Ad

Ini juga membayangkan bahawa Alfi secara rasminya bergelar pemain Kedah bermula musim 2023.

Ad
View this post on Instagram

A post shared by Kedah Darul Aman Football Club (@kedahdarulamanfc)