Advertisements
AFC Asian Cup: 2 Layangan Kad Merah Bantu Arab Saudi Tewaskan Kyrgyzstan
Asia
MakanBola
AFCAsianCup

Arab Saudi mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terbaik Piala Asia 2023 selepas menewaskan pasukan Kyrgyzstan malam semalam.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Ahmad bin Ali berkesudahan dengan keputusan 2-0 memihak kepada anak buah Roberto Mancini.

Babak separuh masa pertama menyaksikan Arab Saudi membuka akaun jaringan pada minit ke-35 permainan. Peluang terhidang di dalam kawasan kotak penalti telah disempurnakan Mohamad Kanno untuk jaringan pembukaan.

Kyrgyzstan terpaksa akur selepas dua tonggak pasukan iaitu Akmativ dan K. Merk dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan. Anak buah Stefan Tarkovic dilihat amat bergelut untuk beraksi dalam baki minit permainan selepas hanya beraksi dengan sembilan orang pemain.

Aksi di babak kedua pula terus rancak dengan serangan terus menerus yang dilancarkan Arab Saudi.

Jaringan tambahan akhirnya berjaya dihasilkan Arab Saudi pada minit ke-84 permainan menerusi percubaan jarak jauh Faisal Al Ghamdi. Rembatan deras Faisal itu gagal diselamatkan penjaga gol Kyrgyzstan, Tokotayez sekaligus memastikan kemenangan dicatat Arab Saudi.

Aksi tamat, Arab Saudi 2-0 Kyrgyzstan.

Arab Saudi secara sah meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas dua kemenangan dicatat dalam dua aksi pertama peringkat kumpulan. Dalam saingan Kumpulan F ketika ini, Arab Saudi di kedudukam pertama menghuni tangga teratas dengan enam mata diikuti Thailand (4 mata) Oman (1 mata) dan Kyrgyzstan di kedudukam terakhir tanpa sebarang mata.

Perlawanan seterusnya menyaksikan Arab Saudi bakal berdepan tentangan pasukan Thailand, pada Khamis 25 Januari 2024 sementara Kyrgyzstan akan menentang Oman untuk aksi terakhir saingan Kumpulan F.