AFC Asian Cup: Arab Saudi Bangkit Sebelum Cemas Ditewaskan Oman
Asia
MakanBola
SaudiArabianFootballFederation
Advertisements

Aksi Piala Asia 2023 saingan Kumpulan F hari ini telah melibatkan pertembungan antara pasukan Arab Saudi dan Oman di Stadium Antarabangsa Khalifa.

Kedua-dua pasukan turun dengan mempertaruhkan barisan terkuat demi mencari mata pertama dalam kejohanan. Arab Saudi dibawah kendalian Roberto Mancini bakal beradu nasib dengan Oman yang berada dibawah kendalian jurulatih dari Crotia, Branko Ivankovic.

Advertisements

Aksi separuh masa pertama tamat dengan pasukan Oman mendahului 1-0 dihadapan. Pada minit ke-11 permainan, pengadil perlawanan telah menghadiahkan penalti buat Oman selepas mengesan kekasaran yang dilakukan pertahanan Arab Saudi, Hassan Tambakti terhadap Muhsen Ghasaani selepas melihat rakaman di VAR.

Advertisements

Pemain tengah Oman, Salaah Al-Yahyaie tenang menyempurnakan sepakan penalti sekaligus memisahkan keputusan untuk babak pertama perlawanan.

Bersambung aksi di separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling mengasak namun Arab Saudi lebih mendominasi permainan.

Advertisements

Beberapa pertukaran dilakukan pengendali Saudi, Roberto Mancini dalam usaha mencari gol pertama pasukan. Kemasukan Abdulrahman Ghareeb akhirnya membuahkan hasil apabila pemain gantian itu mencatat nama sebagai penjaring.

Pada minit ke-78 permainan, Abdulrahman Ghareeb berjaya melepasi kawalan pertahanan Oman sebelum cemerlang melepaskan satu rembatan menewaskan penjaga gol Oman, Ibrahim Mukhaini untuk jaringan penyamaan perlawanan.

Advertisements

Sebelum perlawanan tamat, Arab Saudi berjaya mencetak jaringan kedua menerusi tandukan Ali Al Bulayhi pada waktu kecederaan. Hantaran sepakan penjuru telah disambar cantik Ali Bulayhi untuk jaringan kemenangan.

Arab Saudi berjaya bangkit, tewaskan Oman dengan keputusan 2-1.

Aksi saingan Kumpulan F seterusnya menyaksikan Arab Saudi bakal berdepan Kyrgyzstan untuk aksi kedua pada Isnin, 22 Januari 2024 sementara Oman bakal berdepan Thailand pada Ahad, 21 Januari 2024.