AFC Asian Cup: Arab Saudi Buat Kejutan Panggil Pemain Berusia 16 Tahun
Asia
Saudi Arabia FF
Advertisements

Jurulatih Arab Saudi, Roberto Mancini mencipta kejutan hari ini dengan menggugurkan tiga pemain daripada senarai akhir pasukan ke Piala Asia 2023.

Tiga pemain yang digugurkan bekas pengurus Manchester City itu ialah duo kelab Al-Nassr, Nawaf Al-Aqidi dan Ayman Yahya serta Abbas Al-Hassan (Al-Fateh).

Kejutan tidak terhenti di situ saja. Mancini kemudiannya memanggil tiga pemain sebagai pengganti iaitu Mohammed Al-Burayk dan Mohammed Al-Yami (Al-Hilal) serta Talal Haji (Al-Ittihad).

Advertisements

Perubahan ini didedahkan oleh akaun X Central do Arabao lebih setengah jam yang lalu.

Ramai peminat bola sepak Arab Saudi terkejut dengan tindakan Mancini memasukkan nama Talal kerana pemain tersebut baru berusia 16 tahun.

Penyerang muda The Tigers itu sebelum ini mencipta rekod sebagai pemain paling muda diturunkan dalam saingan Saudi Pro League.

Advertisements

Rekod tersebut dicipta pada 21 September lalu apabila Talal masuk menggantikan Romarinho dalam perlawanan Al-Ittihad menentang Al-Fateh. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 2-1 buat The Tigers.

Beliau mencipta rekod tersebut pada usia 16 tahun lima hari sekaligus memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang Abbas.

Selain itu, Talal juga merupakan penjaring prolifik dalam skuad Arab Saudi Bawah 17 Tahun (B-17). Beliau juga merupakan penjaring terbanyak Piala Arab B-17 2022 dengan tujuh gol.

Advertisements

Mancini dijangka tidak akan meletakkan sebarang tekanan kepada buat pemilik nama sebenar Talal Abubakr Abdullah Haji itu.

Sekiranya Talal diturunkan dalam aksi pertama Kumpulan F menentang Oman pada awal pagi 17 Januari ini, beliau berpotensi menjadi pemain termuda diturunkan dalam Piala Asia kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram