AFC Asian Cup: Gerakan yang direncanakan oleh perancang tengah Syria, Jalil Elias membantu pasukannya untuk menewaskan India dengan keputusan 1-0.
Perlawanan terakhir Kumpulan B menyaksikan Qasioun Eagles mahu meneruskan perjuangan untuk sekurang-kurangnya mara ke pusingan kalah mati di tempat ketiga terbaik.
Babak pertama ternyata berkelebihan buat anak didik Hector Cuper apabila menguasai sebahagian besar permainan sepanjang 30 minit pertama.
Syria memiliki beberapa deretan peluang oleh jentera serangan seperti Ibrahim Hesar dan Pablo Sabbaq namun berjaya dinafikan oleh penjaga gol India, Gurpreet Sandhu.
Aksi babak pertama tamat 0-0.
Bersambung babak kedua, India cuba mengatur gerak menerusi kapten pasukan, Sunnil Chhetri namun tiada yang tepat ke sasaran.
Usaha keras Syria semakin menampakkan jalan dan akhirnya berjaya dinoktahkan menerusi ledakan pemain gantian, Omar Kharbin.
Cubaan Jalil Elias untuk menyekat kemaraan jentera serangan India membuahkan hasil apabila Omar berjaya meledak gol cantik.
Tambahan masa 7 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal hingga wisel penamat dibunyikan.
Syria ketika ini menghuni tangga ketiga dengan 4 mata sementara India menjadi pasukan tercorot dengan tanpa sebarang mata.