Advertisements
AFC Asian Cup: Indonesia Mahu Buat Sejarah Baharu
Asia
MakanBola
Timnas Indonesia

Pemain Indonesia, Egy Maulana Vikri mahu membantu negaranya mencipta sejarah baharu buat bola sepak negaranya.

Beliau berkata ketika sidang media pra perlawanan bahawa Jepun merupakan lawan yang berkualiti dan mereka sudah bersiap sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan ini.

“Jepun adalah salah satu pasukan terbaik di Asia dan kami bersedia untuk menghadapi mereka.”

Pemain berusia 24 tahun itu juga bercita-cita untuk membawa negaranya melakar rekod baharu dengan layak ke pusingan seterusnya buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Indonesia.

“Jika layak ke pusingan seterusnya, kita akan mencipta sejarah hebat buat pasukan kebangsaan Indonesia.”

“Kami mempunyai keinginan dan semangat yang besar untuk layak dan ini akan menjadi hebat untuk peminat”, ujarnya lagi.

Penyerang Dewa United FC itu juga berharap dirinya dan juga rakan sepasukan dapat memanfaatkan peluang sebaik-baiknya ketika berdepan skuad Samurai Biru itu nanti.

“Kami perlu menjaringkan gol daripada separuh peluang menentang Jepun dan kami akan bermain untuk menang”, katanya kepada media.

Pertembungan antara Indonesia dan Jepun pada Rabu bakal menjadi aksi yang menarik dengan kedua-dua pasukan kini berada di tangga kedua dan ketiga kumpulan dengan tiga mata.

Kemenangan dalam aksi terakhir ini pastinya menjadi buruan kedua-dua pasukan bagi memastikan slot ke pusingan seterusnya berada dalam genggaman.