Iran berjaya menumbangkan ego Hong Kong dalam aksi penuh menarik di saingan kumpulan C AFC Asian Cup.
Iran yang turun sebagai pasukan pilihan dikejutkan dengan aksi bertenaga Hong Kong di awal permainan yang hampir-hampir membuka tirai jaringan menerusi Everton Camargo.
Tersentak, Iran terus merencana serangan dan berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan selepas tendangan leret Mehdi Ghayedi menemui jaring pada minit ke-24.
Separuh mata pertamat tamat, Hong Kong 0-1 Iran.
Bersambung babak kedua, permainan seimbang dipersembahkan kedua-dua pasukan dengan anak-anak buah Amir Ghalenoei masih dominasi sebahagian besar penguasaan bola.
Tiada jaringan tambahan selepas itu menyaksikan keputusan kekal Hong Kong 0-1 Iran.
Keputusan ini menyaksikan Iran terus gah di tangga teratas kumpulan dengan enam mata maksimum, diikuti UAE dengan 4 mata di tempat kedua dan Palestine serta Hong Kong melengkapkan carta kumpulan C.
Aksi terakhir kumpulan C bakal menemukan Iran dan UAE pada Selasa jam 11 malam waktu tempatan manakala Hong Kong berdepan cabaran Palestine pada hari dan waktu yang sama.