Aksi Kumpulan D kempen Piala Asia AFC 2023 hari ini pertembungan antara pasukan Iraq dan Jepun.
Skuad kendalian Jesus Casas sudah pasti menurunkan barisan yang terkuat demi meneruskan momentum kemenangan selepas berjaya menewaskan Indonesia pada aksi pertama Kumpulan D empoh hari.
Iraq memulakan perlawanan dengan garang apabila pada minit awal permainan pemain Iraq Aymen Hussein berjaya menjaringkan gol pertama menewaskan penjaga gol Iraq, Jalal Hassan.
Tersentak dengan gol pertama Iraq, The Samurai Blue tidak membuang masa meneruskan penguasaan bola dan melancarkan serangan bagi memburu gol penyamaan mereka. Namun tiada jaringan yang mampu membolosi gawang gol Iraq.
Bertahan dengan serangan balas daripada Jepun, Iraq tidak mendiamkan diri apabila selagi lagi penyerang berbisa Iraq, Aymen Hussein meledakkan gol kedua pada minit tambahan separuh masa pertama menerusi tandukan kemas dari sudut padang sekaligus mengelirukan penjaga gol Jepun, Zion Suzuki.
Bersambung babak kedua, Jepun meneruskan asakan ke kubu Iraq bagi mencari gol pertama untuk kedudukan yang selesa sebelum wisel penamat.
Insiden yang berlaku di dalam kotak penalti bagi mencari penalti pasukan Jepun pada minit ke-57 tidak membuahkan hasil apabila keputusan pengadil tidak memberikan penalti selepas semakan VAR.
Usaha yang dilakukan Jepun akhirnya memecah kebuntuan mereka apabila pemain Jepun menjaringkan gol pada minit ke-93 masa kecederaan.
Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga wisel penamat untuk memberikan tiga mata kedua buat Iraq dalam kempen Piala Asia 2023 kali ini.
Iraq selepas ini bakal berdepan Vietnam pada Rabu minggu hadapan sekaligus menutup saingan peringkat Kumpulan D, 24 Januari 2024, manakala Jepun akan bertemu Indonesia pada hari yang sama.