AFC Asian Cup: Jordan Cipta Sejarah Ke Final, Kecewakan Korea Selatan
Asia
FA Jordan
Advertisements

Jordan menempah slot di pentas akhir selepas berjaya menumbangkan Korea Selatan dalam aksi separuh akhir AFC Asian Cup.

Kedua-dua pasukan sebelum ini bertemu di peringkat kumpulan E dengan menyaksikan perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2.

Korea Selatan yang dipimpin Son Heung-min beberapa kali menguji gawang Jordan yang dikawal Yazeed Abulaila, namun tidak berjaya menembusinya.

Advertisements

Begitu juga dengan Jordan yang hadir ke gawang Kotea Selatan menerusi percubaan Yazan Al-Naimat, tetapi berhasil dikekang jentera pertahanan Taeguk Warriors itu.

Tamat separuh masa pertama, Jordan 0-0 Korea Selatan.

Advertisements

Kembali dari rehat, Jordan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi bintang tumpuan, Yazan Al-Naimat yang memanfaatkan kesilapan pertahanan Korea Selatan pada minit ke-53.

Anak-anak buah Hussein Ammouta ini tidak memberikan sebarang peluang untuk Korea Selatan bangkit, bahkan mereka terus menggandakan jaringan menerusi gerakan solo Mousa Al-Taamari pasa minit ke-66.

Advertisements

Beberapa pertukaran dilakukan Korea Selatan bagi memberi nafas baharu di jentera serangan, namun tidak berhasil menembusi barisan pertahanan Jordan sehingga wisel penamat dibunyikan.

Tamat perlawanan, Jordan 2-0 Korea Selatan.

Advertisements

Kejayaan ini merupakan pencapaian tertinggi Jordan yang mara ke aksi final buat kali pertama dalam sejarah Piala Asia.

Di pentas akhir nanti, Korea Selatan akan berdepan sama ada tuan rumah, Qatar atau Iran pada Sabtu bagi merebut gelaran juara Asia edisi kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram