Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Pertahanan kental Malaysia, Dion Cools yakin Malaysia memiliki kualiti yang tersendiri untuk mencabar pasukan Jordan menjelang aksi pertama kumpulan E Piala Asia 2023.

“Kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan pertama. Sebelum ini saya sudah separuh musim di Thailand jadi bagi saya tiada isu tentang masalah fizikal.” ujar Cools tentang persediaan Harimau Malaya menentang Jordan.

Cools juga beranggapan kelebihan fizikal pemain Jordan yang lebih tinggi berbanding pemain Malaysia bukan satu masalah kerana Malaysia turut memiliki kelebihan walaupun bersaiz kecil.

Advertisements

“Kami juga ada kualiti dari segi kepantasan dan ketangkasan. Mungkin mereka sedikit tinggi dan kuat namun kami ada kualiti tersendiri jadi saya tidak risaukannya.”

“Ya mereka lebih tinggi daripada kita namun pada pendapat saya tidak mudah untuk melawan pemain yang lebih kecil jadi ini juga kelebihan buat kita.” tambah Cools lagi.

Dion Cools FA Malaysia 1 1 AFC Asian Cup: "Kami Juga Ada Kualiti Untuk Cabar Jordan" - Dion Cools
FA Malaysia

Dion Cools juga menyatakan kesanggupannya untuk bermain sepenuh hati menentang Jordan kelak demi meraih kemenangan dan mengumpul mata berharga diperingkat kumpulan E.

Advertisements

“Saya tidak tahu siapakah kapten untuk aksi menentang Jordan kerana ini bergantung kepada keputusan jurulatih Kim Pan-gon.”

“Saya akan lakukan apa saja untuk memenangi perlawanan ini. Jika kita berjaya layak ke peringkat seterusnya pasti itu akan jadi pencapaian yang hebat.”

“Saya percaya pasukan kami mampu untuk lakukannya dan saya akan buat apa saja, berlari dan berjuang di atas padang untuk pastikan kita menang.” jelasnya.

Advertisements

Pemain pertahanan berusia 27 tahun ini akan menyarung jersi keramat Harimau Malaya di pentas Piala Asia 2023 dan dijangka bakal menjadi pemain utama menentang Jordan kelak.

Dion Cools turut merupakan pemain paling bernilai dalam skuad kebangsaan Malaysia dengan nilai RM 3.81 juta dan antara 5 pemain dari Asia Tenggara yang paling bernilai di Piala Asia 2023.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram