Ketua jurulatih Jordan, Hussein Ammouta lega kritikan terhadapnya akhirnya terbalas walaupun sebelum ini beliau menerima banyak tampanan dan terpaksa mengharungi dengan sendiri.
Jurulatih berpengalaman itu menjelaskan mengumpul tiga mata dalam perlawanan pertama adalah penting. Beliau memuji anak buahnya yang telah mempamerkan disiplin dan fokus dalam aksi bertemu Malaysia awal pagi tadi.
Dua gol yang dijaringkan oleh Mahmoud Almardi dan Mousa Altamari memberikan Jordan permulaan yang baik untuk memimpin Kumpulan E turut berkongsi tempat teratas dengan juara dua kali Korea Selatan.
Sementara itu, Hussein mengakui apa jua kelemahan pasukan akan ditujukan kepada jurulatih dahulu, kerana jurulatih yang membimbing pasukan. Walaupun kurang latihan untuk pentas Piala Asia 2023 ini pasukan memberikan yang terbaik sekaligus berjaya meraih tiga mata.
“Saya menerima banyak kritikan dan saya terpaksa mengharunginya dengan senyap. Saya lega melihat keputusan, sudah tentu satu perkara normal kritikan ditujukan kepada pasukan terutama jurulatih,” ujarnya.
“Ini merupakan permulaan di mana kita berjaya mendapatkan tiga mata bermakna. Kepercayaan yang diperlukan pemain dan sesama pemain itu sendiri,” katanya.
Beliau turut berharap kejayaan pertama yang diperoleh akan memberi keyakinan kepada setiap pemain supaya mengekalkan disiplin dan pamerkan prestasi yang sama menentang Korea Selatan nanti.
Selepas ini, Jordan akan bertemu Korea Selatan dalam perlawanan kedua kumpulan E pada 20 Januari, Sabtu ini.