AFC Asian Cup: Malaysia Ikut Jejak Vietnam
Harimau Malaya
FA Malaysia / VFF
Advertisements

Selepas kekalahan kepada Bahrain dalam aksi kedua Malaysia di Piala Asia 2023, ianya menandakan berakhir sudah harapan Harimau Malaya untuk mara ke pusingan 16 terakhir kejohanan.

Kekalahan tipis 0-1 ke atas Bahrain tempoh hari menjadikan Malaysia merupakan pasukan kedua tersingkir dari Piala Asia selepas turut tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi pertama.

Pasukan pertama yang paling awal tersingkir dari saingan Piala Asia adalah Vietnam selepas tewas 0-1 kepada Indonesia pada aksi kedua. Kekalahan tersebut merupakan kekalahan kedua mereka selepas turut tewas pada aksi pertama di tangan Jepun dengan keputusan 4-2.

Advertisements

Biarpun masih berbaki satu perlawanan kumpulan, ianya hanya untuk melengkapkan jadual kerana kedua-duanya disahkan tidak akan mara ke pusingan seterusnya.

Hingga setakat ini, lima pasukan sudah mengesahkan kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Asia iaitu Qatar, Australia, Iran, Iraq dan yang terkini adalah Arab Saudi.

Dua negara Asia Tenggara iaitu Thailand dan Indonesia masih berpeluang untuk mara ke pusingan 16 terakhir selepas masing-masing berjaya mencatatkan satu kemenangan setakat ini.

Advertisements

Untuk edisi Piala Asia kali ini, semua juara kumpulan dan naib juara kumpulan secara automatik akan layak ke pusingan seterusnya manakala empat pasukan di kedudukan ketiga terbaik juga akan mara.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram