Disebalik kemenangan tipis Indonesia ke atas Vietnam dalam aksi Kumpulan D Piala Asia 2023 semalam, beberapa insiden kekasaran yang dilakukan pemain Vietnam menjadi perhatian ramai.
Dalam satu video yang dikongsikan MakanBola Indonesia, beberapa insiden kekasaran dapat dirakam kamera. Antaranya ialah insiden sikuan terhadap pemain pertahanan, Jordi Amat.
Kekasaran ke atas Jordi Amat itu berlaku dalam perebutan bola tinggi di udara bersama pemain Vietnam, Nguyen Van Tung.
Kedua-dua pemain melompat tinggi untuk mendapatkan bola namun kekasaran dikesan apabila Van Tung dilihat menyiku Jordi Amat. Insiden tersebut memaksa Jordi Amat dikeluarkan dan digantikan oleh Rizky Ridho.
Kekasaran pemain Vietnam juga berjaya dikesan ke atas beberapa pemain Indonesia yang lain seperti Pratama Arhan, Witan Sulaeman dan Justin Hubner.
Vietnam mengakhiri perlawanan dengan 10 pemain selepas Le Pham Thanh Long dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.
Pada aksi kedua-dua pasukan semalam, Indonesia berjaya mengutip tiga mata pertama mereka di Piala Asia hasil jaringan tunggal Asnawi Mangkualam melalui sepakan penalti.
Indonesia akan bertemu Jepun pada aksi terakhir mereka pada 24 Januari manakala Vietnam pula akan bertemu Jepun pada tarikh yang sama.