Advertisements
AFC Asian Cup: “Perlawanan Ini Bukanlah Perlawanan Paling Sukar” – Juan Antonio Pizzi
Asia
MakanBola
FA Bahrain

Jurulatih Bahrain, Juan Antonio Pizzi beranggapan bahawa aksi bertemu Malaysia bukanlah perlawanan yang paling sukar buat beliau.

Beliau yang ditemui selepas perlawanan berkata, mereka sudah menjangkakan perlawanan akan menjadi sukar buat skuadnya menjaringkan gol dan hanya kesabaran serta ketenangan mampu membantu skuadnya itu.

“Apabila perlawanan bermula, kita tahu ini akan menjadi satu perlawanan yang sukar dengan banyak gol sepatutnya dijaringkan lebih awal”, katanya kepada Alkass TV Sports.

“Perlawanan yang sukar, kita mesti bersabar sehingga kita dapat menjaringkan gol”

Namun, jurulatih kelahiran Argentina itu menganggap pertembungan ini bukanlah perlawanan yang paling sukar buat beliau meskipun sesetengah pihak menganggapnya begitu.

“Bagi anda (wartawan), perlawanan ini sukar dan untuk perlawanan seterusnya, itu akan menjadi ujian sukar. Perlawanan hari ini bukan perlawanan yang paling sukar.”

Pada perlawanan semalam, anak-anak buah Juan Antonio Pizzi mengecewakan skuad Harimau Malaya dengan jaringan minit akhir oleh Ali Madan.

Kemenangan ini menghidupkan kembali peluang Bahrain untuk layak ke peringkat seterusnya selepas mencatatkan kekalahan 1-3 di tangan Korea Selatan pada perlawanan awal.

Malaysia pula terpaksa menerima hakikat pulang awal pada edisi kali ini meskipun masih berbaki satu lagi perlawanan.

Aksi terakhir kumpulan bakal menyaksikan pertemuan di antara Malaysia dan jaguh Asia, Korea Selatan pada Khamis manakala Bahrain akan berdepan Jordan pada hari dan waktu yang sama.