Advertisement
AFC Asian Cup: “Saya Harap Pengadil Selamat Dalam Penerbangan” – Petar Segrt
Asia
MakanBola
Tajikistan FF

Jurulatih Tajikistan, Petar Segrt akur tewas dalam aksi kedua Kumpulan A menentang tuan rumah Piala Asia 2023, Qatar pada aksi di Stadium Al Bayt semalam.

Gol tunggal yang dijaringkan Akram Afif dilihat sedikit kontroversi apabila pengadil tidak memberhentikan perlawanan ketika mana pergerakan pemain Tajikistan terhalang oleh kedudukan pengadil.

Mengulas mengenai insiden tersebut, Petar Segrt menganggap Qatar sedikit bertuah dan jurulatih kelahiran Croatia itu berharap pengadil selamat dalam perjalanan pulang.

“Saya mesti menerimanya (kekalahan kepada Qatar). Gol itu hebat, dia (Akram Afif) pemain yang bijak. Dia sempurna, dia mempunyai detik yang sempurna.

“Pemain Qatar memang kuat dan bijak, tetapi saya rasa hari ini juga mereka bertuah sedikit. Apa yang boleh saya katakan tentang pengadil, saya harap dia mempunyai penerbangan yang baik,” jelas Petar Segrt dalam sidang media selepas perlawanan yang dipetik Reuters.

Kekalahan kepada Qatar itu menjadikan Tajikistan kini menghuni tangga ketiga Kumpulan A dengan mengutip satu mata hasil keputusan seri pada aksi pertama bertemu China.

Tajikistan kini berbaki satu lagi perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang Lubnan pada 22 Januari ini. Mereka perlu memenangi aksi tersebut bagi mencerahkan peluang mara ke pusingan 16 terakhir Piala Asia.